Popular Posts

Saturday 14 January 2012

Apa itu cinta ?

Ramai yang tahu tentang cinta .Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta . Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta . Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya ? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda apa itu cinta .


Sifat cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tafarnya . Sifat cinta itu sempurna .Jika tidak, cinta akan cacat .Itulah sebenar cinta .


Cinta wujud sejak dilahirkan 
Rasa cinta wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir kedunia . Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta  kepada belaian ibu , membawa kepada  cinta kepada kekasih akhirnya setelah puas mencari cinta suci . , maka akan cinta kepada Tuhan wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih . 


Cinta bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta ,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu . Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta , lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia  serta saling memahami . Setia untuk dipertanggungjawabkan kerana cinta . Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai .


Cinta itu indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat , tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulen dan tidak bertopeng . Bukan saja ia cantik malah suci murni , bercahaya gemerlap dan putih bersih . 


Cinta itu mengharap balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan , dari diri yang punya persamaan , dari diri yang asalnya satu .Bila dapat dicari ,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali . Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima .


Cinta itu menakluki 
Sifat cinta itu ingin menguasai . Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain . Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai . Tapi , dalam pada ingin menakluki , ia juga ditakluki sepenuhnya .


Cinta itu mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui .Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya . Cinta tidak perlu  bertanya .Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta . Mereka tahu apa yang perlu dilakukan . Tapi , cinta cuma tahu bercinta . Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan .


Cinta itu hidup 
Cinta adalah ibarat manusia ,boleh berputik , lalu mekar serta boleh layu dan gugur .Cinta itu punya deria dan perasaan .Cinta mendengar cinta , berkata cinta , melihat cinta . Cinta ada segala2nya , sayang , benci , cemburu gembira , sedih , tenang , tertekan , ketawa dan menangis . Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati . Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati. 


Cinta itu suci 
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci .Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharapkan balasan .Cinta mengharap balasan . Sucinya cinta bermakna ia tidak bermoda dan tidak pula berdosa itulah sifat asal cinta , ia suci bagaikan anak yang baru lahir . Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan erti cinta itu sesuci mungkin . Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan .Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa .Juga dikenali sebagai cinta buta.




Cinta itu mempesona 
Cinta itu bukan saja indah , tapi mempersonakan .Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih . Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih . Dia senyum pada anda dan merapati anda . Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel , tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa , Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta .
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya....mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalahh satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri . Itulah juga yang menyebabkan orang yg bercinta itu walaupun bijaksana ,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu .Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat Tuhan Maha Pencipta .


Apakah itu bukti cinta?
Cinta perlukan bukti . Ramai org percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu . Meraka percaya jika itu tidakj berlaku , maka cinta itu tidak tinggi nilainya , Sebenarnya anggapan itu tidak tepat .Jika anda beri semua yang dia mahu , apakah yang tinggal pda anda? Benarkah dia cinta pada andaa bila dia mahukan sesuatu pengorbanan anda?


Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai .Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri. 


Sumber dari : Azdriana , thnx t0 herr .. :") 













No comments:

Post a Comment