Popular Posts

Saturday 14 January 2012

Erti Sebenar Cinta

Cinta adalah iman dan keimanan juga yang menentukan ketahanan dan kesetiaan pasangan yang bercinta. Apabila manusia gagal mencintai Allah, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya. 


Cinta yang tulus lahir daripada sikap, perbuatan dan tindak balas yang dipamerkan oleh seseorang bukan kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.


Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.


Kita sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya kamu mengatakan sering gagal dalam percintaan.


Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab "cinta itu buta" tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.


Kamu adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya kamu sering mengucapkan "Aku cinta padamu" dan "Adakah kau mencintaiku" .


Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalami tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta pada seseorang.


itu sahaja yg dapat saya k0ngsi bersama anda , trma ksih ^^ 

No comments:

Post a Comment