Popular Posts

Saturday 14 January 2012

Cinta Nafsu

 Banyak gejala tidak sihat yang turut 
membimbangakan ibubapa, orang ramai dan pihak pemerintah. Tidak kira sama ada remaja lelaki maupun perempuan, kedua-dua jantina ini sama sahaja. Ramai yang terjebak dalam kancah maksiat. Kenapa jadi demikian? 

Baru-baru ini dalam satu pengakuan melalui e-mail yang dikirimkan oleh pembaca REMAJA, mengakui dia terjebak dalam kes seks rambang ini bukan berpunca dari didikan keluarga tetapi didorong oleh kemahuan teman lelaki. Pengirim itu minta agar jangan dipersalahakan kedua ibubapanya. Apa yang terjadi adalah atas kemahuannya sendiri? Saya merelakan semua itu demi cinta? 

Menurut gadis itu lagi, apa yang terjadi disebabkan tertarik dengan kata-kata manis oleh teman lelakinya. Lelaki itu pandai memainkan peranan sehinggakan dia terlupa pada dosa dan pahala. Lupa pada harapan keluarga dan yang paling dikesalkan turut melupai Tuhan. 

Gadis yang dilahirkan dalam keluarga besar seramai sembilan orang adik beradik itu dibesarkan dalam keadaan yang sentiasa sibuk kerana kedua ibubapa menjalankan perniagaan demi menanggung keluarga mereka. Perhatian dari ibubapa semakin berkurangan apabila dia mula memasuki sekolah menengah. Dan sejak mengenali teman lelakinya dua tahun lebih senior itu sentiasa memberi perhatian yang besar. Ini membuatkan dia lupa daratan. Siang dan malam saling berkepit ke sana ke sini. Baginya cinta adalah jalan keluar untuk menikmati keseronokan dalam hidup. Cinta membuatkan si gadis mengikut telunjuk lelaki itu. Lelaki itu pula mengambil kesempatan terhadap ‘kesetiaan’ gadis tadi.

Hubungan mereka bukan sekadar berkawan atau cinta sebaliknya melakukan hubungan jenis, yang dilarang dan dikutuk oleh agama dan masyarakat. Dan selepas hampir dua tahun gadis itu mula sedar, apabila lelaki itu tidak mahu menikahinya. Dia semakin bimbang jika mengandung dari hasil perbuataan terkutuk mereka itu. Tetapi lelaki itu memberi pelabagai alasan. ? “Saya belum bersedia untuk bernikah”. Hidup macam ini kan lebih seronok?. Tapi demi cinta dia masih lagi bersama lelaki itu. 

Saya bukanlah kaunselur bertauliah. Tapi apa yang saya baca itu, membuatkan saya terfikir, tidak bolahkah dia membezakan antara cinta dan nafsu. Apa yang kamu lakukan itu mengikut nafsu semata-mata. Ya, apa yang kamu rasakan ketika itu bukanlah cinta, bukan kasih sayang sejati sebaliknya hasutan nafsu dan bisikan syaitan. Tolonglah bezakan antara cinta sejati dengan nafsu syaitan yang dilaknati. 

Dan saya juga pernah mendengar aduan daripada ibubapa, jika mereka menentang, anak gadisanya akan lari dari rumah mengikut lelaki itu. Jadi, apakah tindakan yagn seharusnya diambil? Di kesempatan ini saya merayu kepada gadis-gadis di luar sana, janganlah mudah terpedaya dengan pujuk rayu kaum lelaki. Ada teori yang mengatakan, lelaki menggunakan cinta untuk mendapat seks, dan wanita pula menggunakan seks untuk mendapatkan cinta. Sejauh mana kebenarannya saya tak pasti tapi ramai gadis yang jatuh dalam perangkap lelaki dan sanggup menggadai maruah demi mengharapkan cinta dan perhatian. Bukan semua lelaki yang kamu serahkan diri itu seperti lelaki yang kamu impikan sebelum ini. Ini bukan sebuah cereka atau srip drama sebaliknya berberapa ksiah benar yang sering terjadi. 

Jangan sesekali mencuba sesuatu yang terlarang. Kamu juga yang akan menderita. Haram dan berdosa hukumnya, jadi tambah berdosa apabila kamu bertindak mengkhianti kepercayaan ibubapa. Fikirkanlah, agar kamu tidak tertipu dengan nafsu sendiri. 

Dalam edisi ini REMAJA turut memaparkan beberapa rencana menarik, antaranya, Cinta lewat SMS mengundang derita. Pengakuan gadis peragut. Ragut biasanya berkait rapat dengan kaum lelaki, tapi REMAJA sempat berkongsi cerita dengan gadis yang turut meragut dengan menunggang motor. Bagaimana gadis itu nekad lakukan semua itu demi cinta pada lelaki kesayangannya. Ya memang pelik!!! 
Tidak lama lagi Bulan Kemerdekaan datang lagi. Tarikh 31 Ogos membawa presepsi tersendiri bagi wira-wira Negara. Jangan lupa dapatkan REMAJA edisi 15 Ogos dan ikuti cerita suka duka pejuang muda berkorban demi bangsa, agama dan kedamaian Negara tercinta. Mampukan remaja Malaysia merealasikan satu negara! Dan banyak lagi paparan menarik menanti kamu. Dapatkan di pasaran segara! 
Sampai jumpa lagi, saya mendoakan kesejahteraan kamu semua. via majalah REMAJA :') 


maka inilah dinamakan cinta nafsu , hihi ^^ 

No comments:

Post a Comment